Kesan kaedah suai gabung graf terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah

Samat, Afandi (2015) Kesan kaedah suai gabung graf terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
KESAN KAEDAH SUAI GABUNG GRAF TERHADAP KEMAHIRAN MENGGRAF GERAKAN LINEAR DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan kaedah Suai Gabung Graf (SGG) terhadap kemahiran di dalam topik Gerakan Linear dalam Fizik Tingkatan Empat. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah eksperimen kuasi. Skor pelajar dikumpul dengan menggunakan Penilaian Kemahiran Menggraf Gerakan Linear (PKM). Instrumen tersebut ditadbirkan dalam dua sesi pengujian iaitu praujian dan pascaujian yang setara. Perbandingan min skor pelajar dianalisis menggunakan ujian-t. Seramai 197 orang pelajar Tingkatan Empat telah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 101 orang dalam kumpulan kawalan dan 96 orang dalam kumpulan ujikaji. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran menggraf gerakan linear kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan yang signifikan. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan antara min skor pascaujian kedua-dua kumpulan tersebut. Kesimpulannya, kaedah SGG memberikan kesan interaksi positif yang lebih tinggi terhadap kemahiran menggraf gerakan linear dalam kalangan pelajar. Implikasinya, penggunaan kaedah SGG menambahkan kepelbagaian pilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Gerakan Linear.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhamad Awais Mahadzir
Date Deposited: 30 May 2018 02:59
Last Modified: 22 Jul 2019 08:04
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1018

Actions (login required)

View Item View Item