Keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin

Adnan, Mazlini and Jalil, Nurul Sarah (2016) Keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 6 (1). pp. 58-67. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
KEUPAYAAN MURID CEMERLANG AKADEMIK TINGKATAN EMPAT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ALGEBRA BUKAN RUTIN.pdf

Download (251kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin di Sarawak. Seramai 88 orang murid tingkatan empat dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan satu instrumen yang terdiri daripada 3 bahagian iniatu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian mengenai maklumat demografi responden. Bahagian B pula merupakan soal selidik berkaitan dengan sikap terhadap penyelesaian masalah algebra manakala Bahagian C merupakan satu set ujian penyelesaian masalah algebra bukan rutin. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah adalah sederhana dengan skor min 14.52. Bagi sikap terhadap penyelesaian masalah pula, didapati min tertinggi adalah dalam dimensi keyakinan iaitu 22.42, diikuti oleh min dalam dimensi ketabahan 19.75 dan min terendah ialah dalam dimensi kesanggupan iaitu 18.94. Secara keseluruhannya didapati ketiga-tiga dimensi sikap menunjukkan nilai min melebihi 70%. Kajian juga mendapati terdapat hubungan signifikan positif yang lemah antara sikap murid cemerlang akademik dengan penyelesaian masalah algebra bukan rutin dimana nilai r = 0.218. Namun, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap terhadap penyelesaian masalah di antara murid lelaki dan perempuan (t = 0.738, p = 0.463). Secara umumnya keupayaan murid cemerlang ini dalam menyelesaikan masalah bukan rutin adalah sangat baik. Kajian ini memberikan indikasi bahawa murid yang cemerlang akademik dan mempunyai sikap yang positif mampu menyelesaikan masalah matematik bukan rutin dengan baik.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 30 May 2018 04:48
Last Modified: 30 May 2018 04:48
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1070

Actions (login required)

View Item View Item