Analisis kesalahan Newman dalam penyelesaian masalah Matematik tahun 3

Tuan Hashim, Tuan Siti Humaira and Ahmad, Mohamad Amir Shah (2016) Analisis kesalahan Newman dalam penyelesaian masalah Matematik tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 6 (2). pp. 69-84. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
ANALISIS KESALAHAN NEWMAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK TAHUN 3.pdf

Download (309kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam akan kaedah analisis kesalahan Newman melibatkan penyelesaian masalah matematik berayat. Kajian juga menilai kesan kaedah terhadap cara murid menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik berayat dan sikap murid terhadap matapelajaran matematik khususnya yang berbentuk penyelesaian masalah matematik berayat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti punca-punca kesilapan berdasarkan Prosedur Analisis Kesalahan Newman, mengenalpasti jenis-jenis kesalahan algoritma dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik dan mengenalpasti sikap murid-murid terhadap matapelajaran matematik khususnya dalam penyelesaian masalah bercerita matematik. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid Tahun Tiga Pintar di sebuah sekolah di Daerah Kinta Selatan, Perak. Lima jenis instrumen kajian digunakan iaitu borang maklumat responden, ujian bertulis penyelesaian masalah matematik nombor bulat, borang soal selidik individu, borang analisa jenis-jenis kesalahan algoritma, dan borang soal selidik sikap. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif yang akan menjelaskan secara terperinci akan kecenderungan murid melakukan kesalahan pada tahap analisis kesalahan Newman. Jika murid ada melakukan kesalahan, murid di soal selidik berdasarkan borang soal selidik mengikut tahap analisis kesalahan Newman. Hasil kajian menunjukkan masalah yang dihadapi adalah berpunca daripada masalah membaca, kefahaman, membuat transformasi pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses, serta membuat pengkodan atau algoritma secara bertulis. Selain itu, terdapat juga responden menghadapi kesilapan dari segi kecuaian, salah pengiraan, salah menulis angka dan nombor, salah nilai tempat, tidak menunjukkan langkah pengiraan, salah menunjkkan algoritma pengiraan dan lemah dalam fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Pandangan responden terhadap matapelajaran matematik terutamanya penyelesaian masalah bercerita pula, didapati keseluruhan responden berminat dalam matapelajaran ini, namun begitu kebanyakan mereka tidak menggemari akan penyelesaian masalah bercerita atas alasan sukar. Implikasi yang diperoleh ialah, guru dapat mengesan pada peringkat awal mengenai kelemahan murid serta mengenal pasti akan punca kesilapan yang sebenar mereka semasa melakukan penyelesaian masalah bercerita bukan sahaja dari lima tahap yang telah dibincangkan sebelum ini, malahan dari segi keupayaan kemahiran berfikir mereka, sikap, minat dan motivasi terhadap kemahiran ini.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 30 May 2018 06:01
Last Modified: 30 May 2018 06:01
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1075

Actions (login required)

View Item View Item