Analisis jenis kesilapan melalui kaedah Newman Error dalam penyelesaian masalah berayat Matematik dalam kalangan murid tahun 5

Shamsuddin, Shara Nor Raifana and Saad, Noor Shah and Dollah, Mohd Uzi (2016) Analisis jenis kesilapan melalui kaedah Newman Error dalam penyelesaian masalah berayat Matematik dalam kalangan murid tahun 5. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 6 (2). pp. 109-119. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
ANALISIS JENIS KESILAPAN MELALUI KAEDAH NEWMAN ERROR DALAM PENYELESAIAN MASALAH BERAYAT MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5.pdf

Download (278kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid pelbagai tahap pencapaian dalam penyelesaian masalah soalan berayat matematik melalui Kaedah Analisis Kesilapan Newman. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg Gajah, Perak. Sampel kajian terdiri darpada 61 orang murid tahun lima yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berpencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dipungut melalui satu set soalan ujian bertulis dan temu bual semi berstruktur. Analisis data dibuat setelah membuat saringan data dan kemudiannya mempersembahkan data seterusnya kepada membuat verifikasi data. Jenis kesilapan ditentukan dengan kesilapan langkah kerja yang pertama dilakukan oleh murid dalam penyelesaiannya dan diklasifikasikan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuai. Dapatan kajian menunjukkan murid berpencapaian cemerlang lebih cenderung melakukan kesilapan pada peringkat transformasi, kemahiran proses dan pengekodan. Manakala, murid berpencapaian sederhana dan lemah secara keseluruhannya cenderung membuat kesilapan pada peringkat bacaan, pemahaman dan transformasi. Implikasi daripada kajian ini adalah untuk memantapkan pengajaran guru dalam membina kemahiran penyelesaian masalah matematik kepada murid.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 30 May 2018 06:05
Last Modified: 30 May 2018 06:05
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1077

Actions (login required)

View Item View Item