Pembinaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran Algebra tingkatan empat

Abdullah, Mohd Faizal Nizam Lee and Low, Chai Peng and Dollah, Mohd Uzi (2016) Pembinaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran Algebra tingkatan empat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 6 (2). pp. 54-68. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI PEMBELAJARAN ALGEBRA TINGKATAN EMPAT.pdf

Download (304kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0.881. Kesimpulannya, instrumen yang dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk murid tingkatan 4 menilai pembelajaran algebra. Implikasi kajian ini adalah guru akan mendapat maklumat tentang pembelajaran algebra murid secara langsung daripada instrumen yang dibina.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 30 May 2018 07:23
Last Modified: 30 May 2018 07:23
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1082

Actions (login required)

View Item View Item