Penerapan nilai rasionalisme dan objektisme dalam pengajaran guru Matematik sekolah rendah

Dollah, Mohd Uzi and Saad, Noor Shah and Abdullah, Mohd Faizal Nizam Lee and Yusof, Qismullah (2016) Penerapan nilai rasionalisme dan objektisme dalam pengajaran guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 6 (2). pp. 85-108. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
PENERAPAN NILAI RASIONALISME DAN OBJEKTISME DALAM PENGAJARAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH.pdf

Download (328kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalami komponen budaya, iaitu penerapan nilai matematik dalam pengajaran guru di bilik darjah. Fokus kajian adalah tentang dua nilai matematik iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme. Secara khusus kajian ini adalah untuk menjawab soalan tentang bagaimana penerapan nilai rasionalisme dan nilai objektisme berlaku dalam pengajaran matematik di sekolah rendah. Kajian dijalankan secara kualitatif melibatkan dua orang peserta kajian. Pemilihan peserta adalah secara bertujuan daripada sebuah sekolah rendah dari sebuah pekan di Negeri Perak. Pengumpulan data melibatkan pemerhatian, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan guru tidak merancang secara bertulis pengajaran yang akan dijalankan. Dua jenis nilai, iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme dikesan terterap dalam pengajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun penerapan nilai tidak menyeluruh. Penerapan nilai rasionalisme adalah hanya melalui penerangan dan berhujah, manakala penerapan nilai objektisme adalah melalui penggunaan konteks kehidupan sebenar, penggunaan simbol dan gambar rajah. Implikasi kajian, adalah agar dapatan kajian ini dapat memberi peringatan kepada para guru dan pendidik tentang keperluan melaksanakan penerapan nilai rasionalisme dan objektisme secara yang lebih menyeluruh demi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan seterusnya mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Noriati Nordin
Date Deposited: 30 May 2018 07:30
Last Modified: 30 May 2018 07:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1084

Actions (login required)

View Item View Item