Penerapan pendidikan matematik realistik Indonesia di sekolah rendah

Jumairianto, Desi Ariyanti Eka Saputri (2016) Penerapan pendidikan matematik realistik Indonesia di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PENERAPAN PENDIDIKAN MATEMATIK REALISTIK INDONESIA DI SEKOLAH RENDAH.pdf

Download (180MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerapan Pendidikan Matematik Realistik Indonesia (PMRI) dalam pengajaran matematik di sekolah rendah di Indonesia. Kajian ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi guru. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif kaedah dengan kajian kes. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara persampelan bertujuan iaitu melibatkan tiga orang guru matematik sekolah rendah di daerah Banjarmasin, Indonesia. Pengumpulan data didapati melalui pemerhatian pengajaran kelas, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Proses pemerhatian kepada setiap peserta dilaksanakan sebanyak tiga kali proses pengajaran kelas. Sesi temu bual dijalankan sebelum dan selepas sesi pemerhatian pengajaran kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian telah merancang PMRI secara bertulis dan lisan sebelum pelaksanaan pengajaran kelas. Manakala, dalam pelaksanaan pengajaran kelas, peserta kajian didapati menerapkan PMRI dengan lima ciri-ciri iaitu: penggunaan konteks, penggunaan model, sumbangan pelajar, interaktif, dan perkaitannya secara tersurat dan tersirat. Penerapan PMRI dalam pengajaran kelas matematik di sekolah rendah secara keseluruhannya baik dari aspek perancangan pengajaran yang terencana dan tujuan pelaksanaan PMRI di dalam pengajaran kelas dapat dicapai. Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru adalah sukar untuk mengendalikan interaksi bersama pelajar dan mengendalikan pelajar dalam menghubungkaitkan konsep-konsep pengetahuan. Pelaksanaan kajian ini diharapkan menyumbang kepada penilaian mengenai status penerapan PMRI di sekolah-sekolah rendah di Indonesia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Human Development
Depositing User: Muhamad Awais Mahadzir
Date Deposited: 29 Aug 2018 02:37
Last Modified: 24 Jul 2019 04:06
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1282

Actions (login required)

View Item View Item