Pengetahuan konseptual pecahan dalam kalangan bakal guru Matematik

Adnan, Mazlini and Zakaria, Effandi (2012) Pengetahuan konseptual pecahan dalam kalangan bakal guru Matematik. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA, 2 (1). pp. 12-22. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Pengetahuan konseptual pecahan dalam kalangan bakal guru matematik.pdf

Download (546kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan konseptual bakal guru dalam topik pecahan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru Matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pengetahuan konseptual diukur menggunakan ujian pengetahuan konseptual (UPK) yang berfokuskan kepada topik pecahan. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan konseptual (77.0 %) bakal guru berada pada tahap baik atau tinggi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan nilai min bagi operasi tambah (3.32) adalah tertinggi berbanding dengan operasi tolak (3.15), darab (2.84) dan bahagi (2.73). Ini menunjukkan bakal guru Matematik memerlukan lebih banyak rangsangan untuk membina pengetahuan konseptual mereka terutama yang melibatkan pecahan dalam operasi darab dan bahagi.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 18 Oct 2018 02:00
Last Modified: 18 Oct 2018 02:07
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1755

Actions (login required)

View Item View Item