Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian : satu kajian kes

Jamil, Norly and Razali, Mahani (2012) Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian : satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2 (1). pp. 37-48. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Pengenalan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian satu kajian kes.pdf

Download (587kB) | Preview

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 18 Oct 2018 02:04
Last Modified: 24 Oct 2018 07:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1756

Actions (login required)

View Item View Item