Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

Saad, Sukiman and Saad, Noor Shah and Dollah, Mohd Uzi (2012) Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2 (1). pp. 18-36. ISSN 2232-2393

[img]
Preview
Text
Pengajaran kemahiran berfikir persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.pdf

Download (724kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah. Fokus utama diberikan kepada persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir yang merangkumi aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru, dan juga sokongan kurikulum dan sekolah. Kedua, mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru Matematik dalam bilik darjah. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Seterusnya kajian ini ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang guru Matematik sekolah menengah dalam Daerah Muar. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran berfikir dan mengamalkan pengajaran kemahiran berfikir di bilik darjah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi antara guru lelaki dan perempuan serta guru berpengalaman dan kurang berpengalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud hubungan antara persepsi guru terhadap pengajaran berfikir dan amalan pengajaran kemahiran berfikir.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 18 Oct 2018 03:21
Last Modified: 24 Oct 2018 07:28
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1777

Actions (login required)

View Item View Item