Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk ‘lawatan ke Balai Seni Lukis Negara’

Hassan, Iberahim and Mohd Ghazali, Hassan and Omar, Jamilah (2006) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk ‘lawatan ke Balai Seni Lukis Negara’. In: Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, pp. 1-17.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Apresiasi Pendidikan Seni dengan Menggunakan Multimedia Interaktif Bertajuk ‘Lawatan ke Balai Seni Lukis Negara’.pdf

Download (407kB) | Preview

Abstract

Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori. Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupakan dapatan awal yang akan membantu penyelidikan dikemudian hari.

Item Type: Book Section
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 18 Oct 2018 04:13
Last Modified: 18 Oct 2018 04:13
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1803

Actions (login required)

View Item View Item