Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru Matematik di bilik darjah

Abu Hassan, Mohd Eizuan and Saad, Noor Shah and Dollah, Mohd Uzi (2012) Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru Matematik di bilik darjah. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA, 2 (2). pp. 1-10. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru matematik di bilik darjah.pdf

Download (553kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap korelasi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) dengan persepsi pelajar terhadap stail pengajaran guru Matematik di sekolah. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 226 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dan sastera di empat buah sekolah terpilih di dalam daerah Batang Padang, Perak. Dua instrumen kajian yang digunakan iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik (UKPS) yang merupakan versi ubahsuai berdasarkan Ujian Penaakulan Formal Bilik Darjah Lawson dan Soal Selidik Stail Pengajaran Guru (SSPG) adalah berdasarkan instrumen daripada Grasha Riechmann. Pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Penganalisisan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson ‘r’ pada aras signifikan 0.05. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, tahap KPS para pelajar adalah rendah secara keseluruhan manakala stail pengajaran guru Matematik yang dominan berdasarkan persepsi pelajar ialah stail pakar dan stail pemberi kuasa. Terdapat perbezaan yang signifikan min tahap KPS antara pelajar aliran sains tulen dengan aliran sastera malah terdapat hubungan korelasi yang sangat lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar dengan persepsi pelajar terhadap stail pengajaran guru Matematik di sekolah. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min tahap KPS antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar dalam aliran sastera. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min tahap KPS antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar dalam aliran sains tulen.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 18 Oct 2018 07:09
Last Modified: 18 Oct 2018 07:09
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1847

Actions (login required)

View Item View Item