Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM

Nordin, Abu Bakar and Abu Bakar, Bhasah and Saad, Noor Shah and Mohd Tajudin, Nor ’ain (2006) Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM. In: Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, pp. 1-24.

[img]
Preview
Text
Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam matematik peringkat SPM.pdf

Download (788kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti pencapaian dan penguasaan konsep Matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Instrumen kajian meliputi persoalan demografi partisipan dan ujian setara dengan Matematik Kertas 2 SPM 2001. Bagi tujuan ini seramai 1329 partisipan telah dipilih dari zon utara, zon timur, zon tengah dan zon selatan untuk menjawab soalan ujian setara tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian keseluruhan partisipan adalah pada tahap sederhana dengan skor minnya 57.38. Pencapaian partisipan menjawab Bahagian A dan Bahagian B adalah juga sederhana dengan min masing-masing adalah 29.3 dan 28.3. Pencapaian partisipan lelaki adalah lebih baik daripada partisipan perempuan. Hasil kajian juga mendapati bahawa pencapaian partisipan dari jenis sekolah berasrama penuh adalah lebih baik daripada sekolah misionari, premier dan sekolah harian biasa dengan min skornya 69.50. Didapati juga pencapaian partisipan daripada sekolah aliran agama adalah lebih baik daripada pencapaian partisipan sekolah aliran teknik dan harian biasa dengan min skornya 65.68.

Item Type: Book Section
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 18 Oct 2018 07:30
Last Modified: 18 Oct 2018 07:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1853

Actions (login required)

View Item View Item