Peranan psikologi pendidikan dalam membangunkan pelajaran berbentuk CD menggunakan peribahasa pelajar sekolah rendah melalui analisis Hermeneutik pedagogi

Nachiappan, Suppiah and Rohani, Seri Lanang Jaya (2009) Peranan psikologi pendidikan dalam membangunkan pelajaran berbentuk CD menggunakan peribahasa pelajar sekolah rendah melalui analisis Hermeneutik pedagogi. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUNKAN PELAJARAN BERBENTUK CD MENGGUNAKAN PERIBAHASA PELAJAR SEKOLAH RENDAH MELALUI ANALISIS HERMENEUTIK PEDAGOGI.pdf

Download (212kB) | Preview

Abstract

Penulisan karangan adalah suatu komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah. Pelajar menulis karangan berdasarkan pelbagai jenis format. Karangan pelajar menjurus kepada isi dan huraian. Dalam proses penulisan karangan pelajar kurang memberi perhatian terhadap penggunaan peribahasa pada keseluruhannya. Dalam kajian ini sebanyak 82 buah sampel karangan dipilih untuk dibuat analisis. Sampel kajian adalah daripada pelajar Tahun 5 dari tiga buah sekolah di pekan Chemor, Perak. Pendekatan Hermeneutik Pedagogi digunakan untuk menganalisis karangan pelajar untuk mengenal pasti kewujudan peribahasa dalam penulisan karangankarangan tersebut. Hasil analisis Hermeneutik Pedagogi memberikan interpretasi(metateks) yang dapat dibuat tafsiran kewujudan peribahasa dan pemprosesan informasi yang dialami oleh pelajar secara sedar dan bawah sedar semasa menulis karangan. Hasil kajian didapati bahawa pelajar Sekolah Kebangsaan lebih banyak menggunakan peribahasa semasa menulis karangan berbanding pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil). Pemprosesan informasi yang dialami sejak di sekolah rendah lagi melalui pembelajaran formal dan tidak formal membantu pelajar menulis peribahasa dalam karangan-karangannya. Turut dimuatkan peranan psikologi pendidikan dalam membangunkan pelajaran berbentuk CD menggunakan peribahasa untuk membantu guru menjalankan pengajaran yang berkesan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education
Faculties: Faculty Of Education and Human Development
Depositing User: Pn. Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 19 Oct 2018 07:58
Last Modified: 19 Oct 2018 08:03
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/1970

Actions (login required)

View Item View Item