Pengetahuan asas dalam ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus makroekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Zulkifl, Normala and Abdul Aziz, Shahrun Nizam (2008) Pengetahuan asas dalam ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus makroekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PENGETAHUAN ASAS DALAM EKONOMI DAN KEMAHIRAN MATEMATIK MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS MAKROEKONOMIDI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI).pdf

Download (340kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi (PEG1013) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Bagi mengkaji pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi (PEA 1013) telah dipilih. Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 217 pelajar ekonomi yang terpilih (major dan minor). Pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi telah dianalisis menggunakan Analisis Korelasi Spearman. Ujian Mann-Whitney pula, telah digunakan untuk membuat perbandingan terhadap pencapaian pelajar di antara dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan asas dalam ekonomi dengan yang tidak mempunyai pengetahuan asas ekonomi. Hasil kajian yang diperoleh mencadangkan bahawa terdapat hubungan positif antara faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik dengan pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi. Tambahan pula, dapatan daripada Ujian Mann-Whitney menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar di antara kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas ekonomi dengan kumpulan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ekonomi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 06 May 2019 08:26
Last Modified: 06 May 2019 08:27
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2004

Actions (login required)

View Item View Item