Model pengukuran kepercayaan bakal guru Matematik di Malaysia

Adnan, Mazlini and Zakaria, Effandi (2013) Model pengukuran kepercayaan bakal guru Matematik di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3 (1). pp. 1-11. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Model pengukuran kepercayaan bakal guru matematik di Malaysia.pdf

Download (575kB) | Preview

Abstract

Kepercayaan matematik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana ia memberi impak kepada pemilihan strategi dan teknik pengajaran yang akan digunakan dalam bilik darjah. Untuk pengajaran yang berkesan, kepercayaan Matematik guru perlu berada di landasan yang betul. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memprofil dan membina model struktural kepercayaan bakal guru Matematik di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru Matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kepercayaan matematik diukur menggunakan instrumen Soal Selidik Kepercayaan Matematik (SKM). Hasil dapatan dianalisis melalui SEM dan CFA bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan secara keseluruhannya kepercayaan Matematik adalah menjurus kepada kepercayaan konstruktivisme. Selain itu, model pengukuran kepercayaan matematik terdiri daripada dua faktor iaitu kepercayaan konstruktivisme dan kepercayaan tradisional dan dua pembolehubah tersembunyi. Implikasi kajian turut dikemukakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 22 Oct 2018 04:55
Last Modified: 24 Oct 2018 07:27
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2056

Actions (login required)

View Item View Item