Lengkung peralihan licin dengan kuartik Bezier satahan

Ahmad, Azhar and Md Ali, Jamaludin (2013) Lengkung peralihan licin dengan kuartik Bezier satahan. Sains Malaysiana. pp. 989-997.

[img]
Preview
Text
Lengkung peralihan licin dengan kuartik Bezier satahan.pdf

Download (848kB) | Preview

Abstract

Kertas ini membincangkan satu keluarga lengkung peralihan satahan licin yang dibina menggunakan dua lingkaran kuartik Bezier. Lingkaran kuartik yang diperkenalkan ini mempunyai enam darjah kebebasan yang memberi kelebihan untuk mempelbagaikan rupa bentuk lingkaran di dalam selangnya. Kelicinan adalah dirujuk melalui ciri-ciri keselanjaran geometri G2 dan kelengkungan monoton yang dimiliki oleh sesuatu lengkung peralihan. Oleh sebab lengkungan ini tidak memiliki sebarang juring, gelung dan titik lengkok balas, di samping tanpa perubahan kelengkungan yang mendadak maka ia amat sesuai untuk aplikasi tertentu dalam Reka Bentuk Berbantukan Komputer (RBK) bagi memenuhi keperluan estatis serta kepentingan fungsinya seperti reka bentuk produk industri, trajektori robot tidak holonomi dan juga reka bentuk mendatar landasan kereta api serta lebuh raya. Sebagai suatu perwakilan polinomial, lingkaran kuartik Bezier ini mampu digabungjalinkan ke dalam sistem RBK yang kebanyakannya berasaskan perwakilan NURBS (nonuniform rational B-splines). Kata kunci: Kelengkungan monoton; lengkung peralihan; lingkaran kuartik bezier

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 23 Oct 2018 06:09
Last Modified: 23 Oct 2018 06:09
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2062

Actions (login required)

View Item View Item