Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik

Nachiappan, Suppiah and Rengasamy, Kanmani and Maniam, Vishananthini and Ganaprakasam, Charles and Mohd Zulkafaly, Fatimah (2016) Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik. EDUCATUM – Journal of Social Science, 2 (1). pp. 31-41. ISSN 2289-9391

[img]
Preview
Text
ANALISIS PENGAJARAN GURU DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KE ARAH APLIKASI KOGNISI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MELALUI KAEDAH HERMENEUTIK.pdf

Download (209kB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik KSSR bagi meningkatkan kognisi murid, iaitu inkuiri penemuan, pembelajaran kooperatif dan konstruktivisme. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyediakan bahan rujukan dalam Matematik, melatih guru supaya lebih berpengalaman dan mengkaji masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Human Sciences
Depositing User: Nora Jamaharee
Date Deposited: 06 Feb 2018 03:17
Last Modified: 06 Feb 2018 03:17
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2276

Actions (login required)

View Item View Item