Konflik hak tanah adat (native costumary rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah

Luyan, Madeline Henry and Lunkapis, Gaim James (2016) Konflik hak tanah adat (native costumary rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah. Geografi, 4 (1). pp. 69-79. ISSN 2289-4470

[img]
Preview
Text
KONFLIK HAK TANAH ADAT (NATIVE COSTUMARY RIGHTS) KAMPUNG IMAHIT TENOM, SABAH.pdf

Download (581kB) | Preview

Abstract

Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Artikel ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hutan dicapai melalui amalan-amalan tradisional secara mapan. Dapatan kajian menunjukkan hak penduduk masa kini berkurangan dan tidak bebas seperti amalan terdahulu.

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculties: Faculty of Human Sciences
Depositing User: Nora Jamaharee
Date Deposited: 05 Feb 2018 07:50
Last Modified: 05 Feb 2018 07:50
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2287

Actions (login required)

View Item View Item