Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat

Nik Ibrahim, Nik Munirah Sa'adah (2016) Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
KEFAHAMAN DAN KESILAPAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN TOPIK PEMBEZAAN TINGKATAN EMPAT.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengajar topik Pembezaan iaitu konsep pembezaan, algebra dan geometri serta merangka suatu rancangan pengajaran yang dapat membina kemahiran pelajar dalam menguasai konsep-konsep tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhammad Mukris Muslim
Date Deposited: 05 Feb 2018 07:28
Last Modified: 05 Feb 2018 07:28
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2295

Actions (login required)

View Item View Item