Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran Geometri tingkatan 1

Leow, Tze Wei (2015) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran Geometri tingkatan 1. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran geometri tingkatan 1.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina instrumen untuk: menilai murid dalam pembelajaran geometri tingkatan 1 dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaannya. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Dapatan daripada kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Manakala, pekali kebolehpercayaan instrumen yang didapati daripada kajian ini ialah'D.946. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan instrumen penilaian pembelajaran geometri untuk murid tingkatan 1. Impak daripada instrumen bam ini adalah ia dapat menyalurkan maklumat yang lebih terperinci kepada guru tentang pembelajaran murid dalam Geometri.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 05 Feb 2018 07:00
Last Modified: 05 Feb 2018 07:00
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2309

Actions (login required)

View Item View Item