Kesan pembelajaran koperatif (Students Team Achievement Division - STAD) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Wong, Lee Leng (2014) Kesan pembelajaran koperatif (Students Team Achievement Division - STAD) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Kesan Pembelajaran Koperatif (Students Team Achievement Division-STAD) Terhadap Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.pdf

Download (415kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Koperatif kaedah STAD (Students Team Achievement Division) terhadap pembelajaran matematik pelajar sekolah menengah. Reka bentuk eksperimen benar ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berlangsung selama enam minggu ini terdiri daripada 50 orang responden pelbagai kaum dan tahap pencapaian akademik yang diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, kumpulan rawatan (kaedah koperatif) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sikap matematik. Pemerhatian dan rakaman video juga dilakukan. Perbezaan min ujian pencapaian dan soal selidik dianalisis secara inferensi dengan menggunakan ujian-t dan data pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis ujian-t bebas mendapati min ujian pencapaian dan sikap matematik kumpulan rawatan sifgnifikan (p<.05) lebih tinggi daripada min pencapaian kumpulan kawalan. Skor min dimensi keseronokan dan minat dalam sikap matematik kumpulan rawatan juga lebih tinggi dan signifikan secara statistik (p<.05) berbanding dengan skor min kumpulan kawalan tetapi tidak signifikan untuk dimensi kemahiran sosial. Data pemerhatian menunjukkan responden kumpulan rawatan lebih bertanggungjawab terhadap ahli kumpulannya berbanding dengan responden kumpulan kawalan. Kaedah STAD amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik dan sikap matematik pelajar dari segi minat dan keseronokan, tetapi kemahiran sosial adalah tidak jelas. Penyelidikan berterusan tentang kaedah Pembelajaran Koperatif perlu dilaksanakan agar mendapat bukti yang lebih kukuh tentang keberkesanannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 05 Feb 2018 03:50
Last Modified: 05 Feb 2018 03:50
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2395

Actions (login required)

View Item View Item