Pembolehubah pendam teguh dalam model persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa

Mohamed, Zulkifley and Ibrahim, Kamarulzaman (2009) Pembolehubah pendam teguh dalam model persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa. Jurnal Sains dan Matematik, 1 (1). pp. 45-58. ISSN 1985-7918

[img]
Preview
Text
Pembolehubah pendam teguh dalam model persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa.pdf

Download (699kB) | Preview

Abstract

Model Persamaan Berstruktur (MPB) secara khususnya sesuai digunakan bagi memodelkan hubungkait antara konstruk bersandar dan tak bersandar berbilang secara serentak. MPB mampu menjawab set persoalan kajian yang berhubungkait secara komprehensif dan sistematik kebiasaannya dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu, MPB berdasarkan anggaran kebolehjadian maksimum (MPB-AKM) dan kuasa dua terkecil separa (MPB-KTS). Bagi membangunkan MPB yang melibatkan konstruk pendam psikologi. Konstruk pendam psikologi perlu dianggarkan. Diketahui daripada beberapa kajian, data psikologi tidak bertaburan secara normal, dan wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk yang membentuk pembolehubah konstruk tersebut. Dalam kajian ini, didapati bahawa wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk dalam konstruk psikologi. Pendekatan MPB-AKM mengandaikan data bertaburan secara multivariat normal. Walau bagaimanapun pendekatan MPB-KTS adalah bebas-taburan, di samping tidak memerlukan andaian yang ketat berbanding pendekatan MPB-AKM. Justeru itu, MPB-KTS adalah lebih sesuai digunakan. Walau bagaimanapun, MPB-KTS sensitif terhadap kewujudan data pencilan. Kajian ini menambah baik kaedah penganggaran pembolehubah pendam apabila wujudnya data pencilan dengan menggunakan MPB-KTS melalui penggunaan varians-kovarians teguh.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 02 Feb 2018 07:25
Last Modified: 02 Feb 2018 07:25
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2507

Actions (login required)

View Item View Item