Kesan penggunaan modul pengintegrasian geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah

Abdul Rahman, Muhamad Hafizhuddin (2016) Kesan penggunaan modul pengintegrasian geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
KESAN PENGGUNAAN MODUL PENGINTEGRASIAN GEOGEBRA TOPIK TRIGONOMETRI TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI BAGI MURID BERPENCAPAIAN RENDAH.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina Modul Pengintegrasian GeoGebra topik Trigonometri II .serta menilai kesan penggunaannya dari segi pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Kaedah gabungan eksplanatori dan kuasi-eksperimen digunakan bagi menjawab soalan kajian. Seramai 47 orang murid dari sebuah sekolah menengah di Muar, Johor terlibat di dalam kajian ini. Analisis data kuantitatif adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan ujian ANCOVA digunakan di dalam kaj ian ini. Analisis kualitatif melibatkan data dari temu bual. Hasil dapatan data mendapati min markah murid kumpulan rawatan mengatasi min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan. Melalui analisis soal selidik dan temu bual, murid kumpulan rawatan mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap Modul Pengintegrasian GeoGebra. Kesimpulannya, murid yang menjalani PdP Modul Pengintegrasian GeoGebra menunjukkan pencapaian yang lebih balk berbanding murid kumpulan tradisional serta mempunyai tahap motivasi yang positif terhadap bahan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan perisian GeoGebra yang digabungkan dengan modul bertulis berpotensi digunakan terhadap murid berpencapaian rendah bagi meningkatkan pencapaian dan mengekalkan motivasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhammad Mukris Muslim
Date Deposited: 11 Jan 2018 05:05
Last Modified: 11 Jan 2018 05:05
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2829

Actions (login required)

View Item View Item