Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian tajuk pepejal geometri dan motivasi murid berpencapaian sederhana

Kupusamy, Jaya Mala (2016) Keberkesanan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian tajuk pepejal geometri dan motivasi murid berpencapaian sederhana. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD (Students Team Achievement Division) berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional terhadap pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian seramai 61 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana dari sebuah sekolah menengah kebangsaan luar bandar di negeri Perak. Dalam kajian ini, kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang murid. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 31 orang murid. Pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD manakala pencapaian matematik dan motivasi pembelajaran adalah pemboleh ubah bersandar. Instrumen kajian adalah ujian pra-pasca dan soal selidik motivasi pembelajaran pra-pasca. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t sampel berpasangan, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik kumpulan pembelajaran kooperatif model STAD berbanding dengan kumpulan pengajaran tradisional. Penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD tidak menunjukkan peningkatan motivasi pembelajaran yang signifikan. Kesimpulannya, pembelajaran kooperatif model STAD berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik dan tidak berkesan terhadap motivasi pembelajaran. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya kaedah pembelajaran kooperatif model STAD digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran matematik bagi meningkatkan pencapaian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhammad Mukris Muslim
Date Deposited: 11 Jan 2018 05:04
Last Modified: 11 Jan 2018 05:04
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2830

Actions (login required)

View Item View Item