Penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Pertama Palembang

-, Nyimas Aisyah (2016) Penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Pertama Palembang. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
PENERAPAN NILAI OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA PALEMBANG.pdf

Download (930kB) | Preview

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah Pertama (SMP) bandar Palembang, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai tiga orang guru SMP di bandar Palembang. Proses pemerhatian pengajaran dilakukan sebanyak tiga kali terhadap setiap peserta. Pengumpulan data dibuat secara individu melalui temu bual pra pengajaran, pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual pasca pengajaran, temu bual akhir kerja lapangan, nota lapangan dan dokumen pengajaran. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisi isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dikesan membuat rancangan penerapan nilai dalam ketiga-tiga pengajaran di bilik darjah, walaupun perancangan ini cenderung dibuat secara tersirat. Nilai-nilai yang dirancang ini diterapkan oleh peserta sama ada secara sedar atau tidak sedar. Dua nilai yang dirancang dan diterapkan secara sedar oleh kesemua peserta ialah nilai kebolehcapaian dan penilaian yang merupakan nilai pendidikan matematik. Kebanyakan penerapan nilai pendidikan umum yang disedari oleh peserta ialah nilai yang tidak dirancang sebelumnya seperti nilai bersahabat, bertanggungjawab, menghargai prestasi dan teliti. Empat nilai matematik iaitu nilai objektisme, keterbukaan, kawalan dan kemajuan terterap dalam pengajaran oleh peserta, walaupun tidak berlaku dalam kesemua pengajaran. Hanya dua nilai iaitu nilai toleransi dan relevan yang dirancang namun tidak terterap oleh peserta dalam pengajaran. Terdapat lapan halangan dalam pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran matematik, yang berpunca daripada guru, pelajar dan kurikulum. Implikasinya, kajian ini boleh dimanfaatkan oleh guru sebagai maklumat untuk menentukan nilai yang perlu diberi penekanan untuk dirancang dalam pengajaran matematik agar pengajaran matematik bermakna.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Muhammad Mukris Muslim
Date Deposited: 10 Jan 2018 08:33
Last Modified: 10 Jan 2018 08:33
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2839

Actions (login required)

View Item View Item