Model nilai kepimpinan guru sekolah menengah di zon Sentul, Kuala Lumpur

Ramelan, Nor Hasimah (2016) Model nilai kepimpinan guru sekolah menengah di zon Sentul, Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Model nilai kepimpinan guru sekolah menengah di zon Sentul, Kuala Lumpur.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di 19 buah sekolah menengah kebangsaan di zon Sentul, Kuala Lumpur. Seramai 320 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, analisis faktor eksploratori (EFA) dan analisis faktor konfirmatori (CFA) bagi mengukur susun atur pertama (first order factor) dan juga susun atur kedua (second order factor) bagi Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini mendapati sebanyak tiga sub konstruk nilai kepimpinan guru telah terbentuk iaitu peneraju proses pengajaran dan pembelajaran, memupuk budaya kerjasama dan pakar rujuk. Implikasi kajian ini dilihat dapat memberi maklumat tambahan kepada teori kepimpinan guru, garis panduan terhadap latihan dan program peningkatan profesionalisme kepada guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculties: Faculty Of Management & Economics
Depositing User: Pn. Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 25 Sep 2018 08:10
Last Modified: 25 Sep 2018 08:10
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/2863

Actions (login required)

View Item View Item