Imej konsep pendaraban murid tahun tiga menggunakan teknik pembelajaran karton telur

K.Subramaniam, Kuppammal (2017) Imej konsep pendaraban murid tahun tiga menggunakan teknik pembelajaran karton telur. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Imej konsep pendaraban murid tahun tiga menggunakan teknik pembelajaran karton telur.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji imej konsep pendaraban murid tahun tiga sebelum dan selepas menggunakan teknik pembelajaran Karton Telur. Kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur digunakan dalam penyelidikan ini.Sampel penyelidikan terdiri daripada enam orang murid tahun tiga yang membentuk imej konsep pendaraban sebagai sifir yang tidak berpadanan dengan definisi konsep.Data dianalisis melalui jawapan Kertas Soalan Bertulis I dan II, dan Temu bual I dan II.Dapatan penyelidikan memperihalkan bahawa imej konsep pendaraban kesemua sampel yang tidak berpadanan dengan definisi konsep sebelum menggunakan teknik pembelajaran Karton Telur telah berubah kepada imej konsep pendaraban yang berpadanan dengan definisi konsep. Imej konsep pendaraban sebagai konsep pertambahan berulang dapat dibentuk dalam minda kesemua sampel selepas menggunakan teknik pembelajaran Karton Telur. Penyelidikan juga mendapati sampel dapat mentakrifkan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 27 Sep 2018 08:35
Last Modified: 27 Sep 2018 08:35
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3037

Actions (login required)

View Item View Item