Kesan integrasi model Salmon dan teori konstruktivisme lima fasa Needham terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam E-pembelajaran sains komputer

Mohd Daud, Jafry (2017) Kesan integrasi model Salmon dan teori konstruktivisme lima fasa Needham terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam E-pembelajaran sains komputer. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Kesan integrasi model salmon dan teori konstruktivisme lima fasa Needham terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam e-pembelajaran sains komputer.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah model Salmon dan teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham sebagai pendekatan yang digunakan dalam e-pembelajaran bagi subjek Sains Komputer terhadap pencapaian dan sikap pelajar di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Kajian Kuasi Eksperimen kumpulan tidak setara dengan kumpulan kawalan ujian pra dan pasca ini melibatkan 147 pelajar sebagai sampel kajian. Kumpulan pertama, terdiri daripada 48 pelajar iaitu kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah e-pembelajaran secara konvensional. Kumpulan kedua, terdiri daripada 49 pelajar iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah e-pembelajaran dengan model Salmon. Manakala kumpulan ketiga terdiri daripada 50 pelajar iaitu kumpulan rawatan dengan kaedah e-pembelajaran berintegrasikan model Salmon dan teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Tiga kumpulan ini telah menjalani ujian pra sebelum eksperimen dan ujian pasca selepas lapan minggu eksperimen. Kutipan data melibatkan skor ujian pra dan pasca serta soal selidik sikap. Analisis ANCOVA dan MANOVA menunjukkan kumpulan rawatan ketiga, yang mengikuti kaedah e-pembelajaran berintegrasikan model Salmon dan teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham memberikan min skor pencapaian dan min sikap yang signifikan lebih tinggi berbanding dengan kaedah e-pembelajaran dengan model Salmon dan kaedah konvensional. Ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara semua konstruk sikap dengan ujian pasca. Kesimpulannya, kaedah e-pembelajaran yang berintegrasikan model Salmon dan teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham terbukti berkesan penggunaannya di KMPk. Oleh itu, implikasi dari kajian menyokong kaedah ini bagi memperkasakan kaedah e-pembelajaran Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Art, Computing and Creative Industry
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 28 Sep 2018 08:52
Last Modified: 28 Sep 2018 08:52
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3047

Actions (login required)

View Item View Item