Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah

Md Hassan, Nurulhuda (2016) Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Persekitaran pembelajaran,kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah.pdf

Download (24MB) | Preview

Abstract

Kajian-kajian berkaitan pencapaian matematik menunjukkan bahawa status pencapaian pelajar Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, dan kemahiran penyelesaian masalah telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti saling hubungan antara persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara komponen-komponen persekitaran pembelajaran terhadap kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan-hubungan yang melibatkan persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 333 orang pelajar Tingkatan empat daripada sepuluh buah sekolah menengah yang terletak di salah sebuah negeri di Malaysia yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran. Data telah dikumpulkan menggunakan soal selidik laporan kendiri dan te1ah dianalisis menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah mempunyai saling hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa komponen persekitaran pembelajaran berpusatkan penilaian didapati mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi merupakan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian matematik dan hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan kemahiran penyelesaian masalah, manakala kemahiran penyelesaian masalah pula didapati menjadi faktor pengantara (mediator) dalam hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian matematik. Secara kesimpulan, dapatan kajian ini menyokong kepentingan persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, dan kemahiran penyelesaian masalah dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Education and Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 15 Oct 2018 05:04
Last Modified: 15 Oct 2018 05:04
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3050

Actions (login required)

View Item View Item