Kompetensi guru ISMP (Sejarah) Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pendekatan standard guru Malaysia (SGM)

Jabar, Baharuddin and Jusoh, Adnan and Mahat, Hanifah (2017) Kompetensi guru ISMP (Sejarah) Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pendekatan standard guru Malaysia (SGM). EDUCATUM – Journal of Social Science, 3 (1). pp. 60-70. ISSN 2289-9391

[img]
Preview
Text
Kompetensi Guru ISMP (Sejarah) Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pendekatan standard guru Malaysia (SGM).pdf

Download (480kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi guru ISMP (Sejarah) lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam aspek penilaian pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dalam pendidikan di sekolah. Untuk mencapai tujuan tersebut, dua objektif disasarkan iaitu perbincangan tahap kompentesi guru dan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap aplikasi keseluruhan. Seramai 180 orang guru sejarah yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah borang soal selidik. Komponen kompetensi guru diteliti terdiri daripada penilaian pengetahuan, penilaian kemahiran, aplikasi pengetahuan dan aplikasi kemahiran. Data tahap pemboleh ubah kajian dianalisis secara deskriptif manakala bagi meneliti pengaruh pemboleh ubah pengetahuan dan kemahiran terhadap aplikasi analisis regreasi linear digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap bagi penilaian pengetahuan, penilaian kemahiran, aplikasi pengetahuan dan aplikasi kemahiran berada pada tahap tinggi. Manakala bagi analisis pengaruh, pemboleh ubah kemahiran ICT, pengetahuan kokurikulum, pengetahuan kerjaya dan pengetahuan PdP yang mempengaruhi aplikasi keseluruhan. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, jelas menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru ISMP (Sejarah) UPSI berada di tahap yang memuaskan. Bagi meningkatkan kualiti ini penekanan dalam aspek kemahiran ICT, pengetahuan kokurikulum, pengetahuan kerjaya dan pengetahuan PdP harus dibimbing dan diberi input sebaiknya untuk meningkatkan kompetensi guru.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculties: Faculty of Human Sciences
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 15 Nov 2018 08:04
Last Modified: 15 Nov 2018 08:04
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3068

Actions (login required)

View Item View Item