Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima

Khoo, Yee Ping (2017) Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I_Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun Lima. Pembinaan modul i-Think Penyelesaian Masalah Matematik Berayat (iPMMB) adalah berdasarkan adaptasi model ADDIE. Pendekatan kuantitatif dalam bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian telah dijalankan secara persampelan berkelompok yang melibatkan 55 orang murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di daerah Hilir Perak. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu modul iPMMB, borang soal selidik dan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dengan peta pemikiran i-Think, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat memupuk minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Begitu juga, terdapat peningkatan pencapaian pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan di mana kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian (M=5. 710) yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (M=1.375). Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan kebolehan murid Tahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Implikasinya, modul iPMMB mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan murid disamping memperkembangkan pemikiran secara kreatif dan kritis seperti yang dihasratkan dalam kurikulum matematik Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculties: Faculty Of Science and Mathematics
Depositing User: Pn. Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 16 Oct 2018 01:13
Last Modified: 16 Oct 2018 01:13
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3115

Actions (login required)

View Item View Item