Pembinaan dan pengujian modul i-Think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra

Sam, Sazilah (2017) Pembinaan dan pengujian modul i-Think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan pengujian modul i_think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina modul latihan i-Think matematik tingkatan tiga (Mi-T3) bagi tajuk rumus algebra untuk digunakan di dalam proses pembelajaran matematik di sekolah menengah harian biasa. Model Sidek membahagikan proses pembangunan modul kepada dua peringkat iaitu peringkat membina draf dan peringkat pengujian modul. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul daripada perspektif guru dan murid. Bagi menilai kesahan kandungan modul, lapan orang pakar telah dilantik. Nilai keseluruhan kesahan kandungan modul adalah tinggi, lebih daripada 70 peratus. Seramai 30 orang guru dan 30 orang murid tingkatan tiga terlibat untuk menguji kebolehpercayaan modul manakala 21 orang guru dan 533 orang murid terlibat dalam pengujian menentukan kebolehgunaan modul yang dibina. Hasil kajian menunjukkan nilai pekali alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan modul adalah sangat tinggi melebihi 0.80. Pengujian satu dengan satu dan pengujian kajian lapangan mencapai tahap sangat tinggi dengan min melebihi tiga. Ini menunjukkan secara keseluruhan aspek kandungan modul dan kualiti modul melepasi tahap piawai penghasilan sesuatu modul. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu modul latihan i-Think matematik tingkatan tiga bagi tajuk rumus algebra yang menepati piawaian yang telah ditetapkan. Implikasinya, modul Mi-T3 membolehkan murid menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran matematik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 23 Oct 2018 08:40
Last Modified: 23 Oct 2018 08:40
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3364

Actions (login required)

View Item View Item