Teknik 'Dais' : satu kaedah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran melakar graf fungsi eksponen dan logaritma

Aw, Yang Ai Shin and Ku, Jenny Fui Ling (2017) Teknik 'Dais' : satu kaedah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran melakar graf fungsi eksponen dan logaritma. Journal of Science and Mathematics Letters, 5 (1). pp. 63-72. ISSN 2462-2052

[img]
Preview
Text
Teknik Dais_satu kaedah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran melakar graf fungsi.pdf

Download (944kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah melakar graf fungsi eksponen dan logaritma. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian hasil kerja pelajar dalam latihan/tugasan tutorial, kuiz, ujian pra dan temubual menunjukkan pelajar tidak dapat melakar graf fungsi eksponen dan logaritma dengan tepat dan lengkap. Pelajar langsung tidak tahu/faham langkah kerja yang perlu dicari sebelum melakarkan graf fungsi eksponen dan logaritma, serta keliru dengan bentuk graf fungsi tersebut. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik ‘DAIS’ untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar bagi melakarkan graf fungsi eksponen dan logaritma. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan temubual pula menunjukkan pelajar lebih memahami dan seronok belajar melakar graf fungsi eksponen dan logaritma melalui teknik ‘DAIS’.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 01 Mar 2019 04:18
Last Modified: 01 Mar 2019 04:18
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3405

Actions (login required)

View Item View Item