Keberkesanan penggunaan kaedah Frog VLE terhadap pencapaian Matematik sekolah rendah

Munusamy, Theinmoli and Mohamad Yatim, Maizatul Hayati (2017) Keberkesanan penggunaan kaedah Frog VLE terhadap pencapaian Matematik sekolah rendah. Journal of ICT in Education (JICTIE), 4 (1). pp. 66-73. ISSN 2289-7844

[img]
Preview
Text
Keberkesanan penggunaan kaedah frog VLE terhadap pencapaian Matematik sekolah rendah.pdf

Download (115kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik pelajar Tahun Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan pelajar. Pendekatan penyelidikan kuantitatif dipilih melalui reka bentuk eksperimen. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahiran. Seramai enam puluh orang pelajar dipilih menjadi menjadi sampel kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan pencapaian Matematik yang signifikan min antara pelajar yang mengikuti pembelajaran melalui Frog VLE berbanding pembelajaran secara tradisional. Tahap kepuasan penggunaan kaedah Frog VLE adalahtinggi dan tahap kemahiran penggunaan kaedah Frog VLE adalah sederhana Implikai kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dan dijadikan panduan memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, kaedah Frog VLE boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dengan bimbingan guru.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Art, Computing and Creative Industry
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 06 Mar 2019 08:30
Last Modified: 06 Mar 2019 08:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3427

Actions (login required)

View Item View Item