Pembinaan model struktur budaya sekolah, komuniti pembelajaran profesional dan kompetensi kerja guru Sekolah Kebangsaan Malaysia

Mohd Yaakob, Mohd Faiz (2017) Pembinaan model struktur budaya sekolah, komuniti pembelajaran profesional dan kompetensi kerja guru Sekolah Kebangsaan Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan model struktur budaya sekolah komuniti pembelajaran profesional dan kompetensi kerja guru sekolah kebangsaan Malaysia.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk membina model struktur Budaya Sekolah (BS), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan Kompetensi Kerja Guru (KKG). Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 450 orang guru sekolah kebangsaan di Malaysia. Analisis Structural Equation Modeling (SEM) digunakan untuk menguji model, menganalisis faktor pengesahan dan menganalisis kesepadanan dan membangunkan model. Soal selidik School Cultural Elements Questionnaire (SCEQ) telah digunakan untuk BS, manakala Professional Learning Community Assessment (PLC-A) untuk KPP, dan modifikasi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk KKG. Dapatan kajian menemui analisis faktor penerokaan BS dibentuk oleh lima faktor iaitu; kepimpinan transformasi, berkongsi perancangan, nilai profesional, kolaborasi, dan penekanan pembelajaran. KPP pula dibentuk oleh lima faktor iaitu; perkongsian nilai visi, perkongsian sokongan kepimpinan, pembelajaran kolektif aplikasi, sokongan keadaan, dan perkongsian amalan persendirian. Manakala KKG pula dibentuk oleh tiga faktor iaitu; profesionalisme, kemahiran, dan pengetahuan. Dapatan analisis faktor pengesahan menunjukkan model pengukuran BS, KPP dan KKG berjaya mencapai indeks kesepadanan. Dapatan menunjukkan BS mempunyai perhubungan yang positif dan signifikan BS kepada KPP; BS mempunyai perhubungan yang positif dan signifikan kepada KKG; dan KPP terdapat perhubungan yang positif dan signifikan kepada KKG. Walau bagaimanapun, KPP bukan merupakan mediator antara BS dan KKG. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membentuk model struktur BS, KPP dan KKG dengan mencapai indeks kesepadanan. Implikasi kajian ini memberikan indikator yang jelas kepada KPM dan agensi yang bernaung di bawahnya mengenai model berkaitan BS, KPP dan KKG.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculties: Faculty Of Management & Economics
Depositing User: Pn. Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 24 Oct 2018 03:44
Last Modified: 24 Oct 2018 03:44
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3464

Actions (login required)

View Item View Item