Komunikasi Matematik : penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

Azlan, Noor Akmar and Abdullah, Mohd Faizal Nizam Lee (2017) Komunikasi Matematik : penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7 (1). pp. 16-31. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Komunikasi matematik_penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.pdf

Download (384kB) | Preview

Abstract

Berdasarkan kepada kajian masalah matematik yang dibuat oleh Clements pada tahun 1970 dan 1983 di Pulau Pinang, didapati bahawa pelajar di Malaysia tidak menghadapi masalah mengira yang serius. Akan tetapi masalahnya yang sebenar adalah berkaitan dengan membaca, memahami dan membuat transformasi yang betul ketika menyelesaikan masalah matematik terutamanya yang melibatkan penyelesaian masalah matematik berayat. Komunikasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam proses menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar berpeluang untuk terlibat dalam komunikasi secara matematik seperti membaca, menulis dan mendengar serta mempunyai dua keuntungan dari dua aspek yang berbeza iaitu berkomunkasi untuk belajar matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik. Kebanyakan pengkaji dalam bidang pendidikan matematik bersetuju, matematik boleh dan sekurang-kurangnya harus dipelajari melalui perbualan. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji samada perbezaan aras soalan berdasarkan Taksonomi Bloom mempengaruhi tahap keaktifan komunikasi yang terbentuk antara pelajar dan guru di dalam bilik darjah. Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin melihat pada aras soalan manakah komunikasi berlaku dengan aktif dan sekiranya tidak berlaku apakah strategi yang sepatutnya diambil oleh guru untuk menggalakkan komunikasi berlaku. Kajian melibatkan satu kumpulan murid tingkatan 4 yang mempunyai masalah pembelajaran di sebuah sekolah menengah di daerah Seremban yang melaksanakan tugasan matematik yang disediakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, khususnya pemerhatian menggunakan rakaman video sebagai kaedah utama. Nota lapangan juga akan dicatat dan hasil kerja pelajar akan diambil kira bagi melengkapkan data video yang dirakam. Video data tersebut merupakan data primer bagi kajian ini. Analisis model Powell et al., (2013) akan digunakan untuk menganalisis video yang dirakam. Peristiwa penting dan kritikal sepanjang kajian ini akan diambil kira sepenuhnya. Seterusnya akan dianalisis untuk menguji hubungan antara komunikasi pelajar dan aras soalan yang terlibat. Bagi mendapatkan hasil kajian, suatu kerangka teoretikal yang berkaitan dengan komunikasi dan hirarki Taksonomi Bloom telah digunakan.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 29 Mar 2019 00:54
Last Modified: 29 Mar 2019 00:54
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3493

Actions (login required)

View Item View Item