Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah

Omar, Mohd Suhaimi and Saad, Noor Shah and Dollah, Mohd Uzi (2017) Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7 (1). pp. 32-46. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Penggunaan bahan bantu mengajar guru Matematik sekolah rendah.pdf

Download (363kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru matematik. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti persepsi guru matematik terhadap penggunaan bahan bantu mengajar, kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Responden kajian ini terdiri daripada 70 orang guru matematik dari 20 buah sekolah rendah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif dan penafsiran kualitatif. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science SPSS versi 22’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru-guru matematik adalah tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar juga adalah positif. Manakala hasil analisis juga menunjukkan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran matematik. Kesimpulan daripada kajian mengambarkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar adalah penting bagi guru-guru untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian juga menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja memberi faedah kepada guru, malahan ianya juga memberi impak yang besar kepada murid – murid.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 29 Mar 2019 00:56
Last Modified: 29 Mar 2019 00:56
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3494

Actions (login required)

View Item View Item