Pembinaan item dalam bidang perkaitan bagi mata pelajaran Matematik tingkatan empat berdasarkan model taksonomi pemprosesan maklumat

Teng, Kai Wen and Mohd Tajudin, Nor’ain and Masri, Rohaidah (2017) Pembinaan item dalam bidang perkaitan bagi mata pelajaran Matematik tingkatan empat berdasarkan model taksonomi pemprosesan maklumat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7 (2). pp. 1-18. ISSN 2232-0393

[img]
Preview
Text
Pembinaan item dalam bidang perkaitan bagi mata pelajaran matematik tingkatan empat.pdf

Download (647kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina lima item dalam bidang Perkaitan bagi mata pelajaran Matematik yang dapat memenuhi lima tahap hierarki Model Taksonomi Pemprosesan Maklumat (TPM). Pembinaan lima item telah disusuli dengan proses kesahan oleh dua orang pakar serta penentuan kebolehpercayaan item. Kesahan pakar dinilai daripada nilai indeks persetujuan Cohen Kappa dan penentuan kebolehpercayaan menggunakan nilai indeks diskriminasi dan kesukaran. Dapatan kajian menunjukkan lima item bidang Perkaitan mengikut tahap hieraki TPM telah berjaya dibina dengan setiap item direka bentuk mengikut ciri-ciri TPM, iaitu mencungkil maklumat dari sumber luar, memori kerja, memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Pengeluar maklumat primer dan sekunder pula merupakan sistem yang diaktifkan oleh murid semasa menyelesaikan masalah untuk membezakan tahap pemikiran murid serta menggambarkan proses kognitif murid. Kesimpulannya, lima item Perkaitan memenuhi lima tahap hierarki TPM serta dapat digunakan untuk mempamerkan proses kognitif pelbagai tahap pencapaian murid. Implikasinya, pembinaan item dalam soalan penyelesaian masalah matematik perlu menitikberatkan tahap dan ciri-ciri hieraki TPM supaya pentaksiran dalam proses pengjaran dan pembelajaran lebih efisien

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Human Development
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 29 Mar 2019 01:51
Last Modified: 29 Mar 2019 01:51
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3500

Actions (login required)

View Item View Item