Keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain terhadap pencapaian konsep nombor dan tingkah laku prososial murid prasekolah

Sabri, Nur Amira (2018) Keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain terhadap pencapaian konsep nombor dan tingkah laku prososial murid prasekolah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain terhadap pencapaian konsep nombor dan tingkah laku prososial murid prasekolah.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain terhadap pencapaian konsep nombor dan tingkah laku prososial murid prasekolah. Reka bentuk kuasi-eksperimen ujian pra-pasca dengan kumpulan kawalan tidak setara dijalankan terhadap 49 orang murid prasekolah dari sebuah sekolah di daerah Kuala Muda/Yan. Dua buah kelas diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang menjalani Pendekatan Belajar Melalui Bermain dan kumpulan kawalan menjalani Pendekatan Konvensional bagi topik Konsep Nombor. Data pencapaian konsep nombor murid prasekolah diukur dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca manakala tingkah laku prososial diukur menggunakan Jadual Pemerhatian Tingkah Laku Prososial. Data pencapaian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferen. Analisis deskriptif melibatkan peratusan, min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan, dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Data untuk tingkah laku prososial dikumpul berdasarkan kekerapan kewujudan tingkah laku yang telah dikenal pasti melalui pemerhatian berstruktur. Analisis data secara kuantitatif berbentuk deskriptif digunakan dalam kajian ini di mana data dipersembahkan dalam bentuk kekerapan seterusnya diplotkan dalam graf. Dapatan data pemerhatian mendapati murid kumpulan rawatan dan kawalan menunjukkan kekerapan kategori tingkah laku prososial kerjasama adalah paling tinggi berbanding dengan kategori tingkah laku prososial membantu, empati dan berdamai. Secara keseluruhannya, kekerapan kewujudan tingkah laku prososial yang ditunjukkan oleh kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, Pendekatan Belajar Melalui Bermain adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian topik Konsep Nombor dan menggalakkan tingkah laku prososial murid prasekolah. Implikasinya, Pendekatan Belajar Melalui Bermain merupakan satu alternatif kepada guru prasekolah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 19 Mar 2019 03:32
Last Modified: 22 Jul 2019 08:59
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3674

Actions (login required)

View Item View Item