Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu

Abdullah, Mohd Faizal Nizam Lee and Leow, Tze Wei (2017) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14 (1). pp. 211-265.

[img] Text
Artical10-keresahan dan kebolehpercayaan.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Abstract

Tujuan – Membina satu instrumen untuk menilai murid membolehkan murid Tingkatan Dua membuat penilaian kendiri keatas pembelajaran geometri dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Metodologi – Pembinaan instrumen adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Jadual Spesifikasi Instrumen digunakan dalam proses pembinaan item-item penilaian. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar berkenaan. Data kuantitatif yang dikumpul dari kajian rintis dan kajian sebanar dianalisis dengan menentukan nilai pekali Cronbach Alpha. Pembinaan item merujuk kepada takrifan konstruk berasaskan kajian literatur. Kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini.Kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Untuk menentukan pekali kebolehpercayaan instrumen, kajian ini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 400 orang murid Tingkatan Dua dipilih sebagai sampel kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 20) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada hasil kajian. Dapatan – Kajian rintis dan kajian sebenar telah dijalankan dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh melalui kajian rintis dan kajian sebenar. Bagi menentukan sama ada item yang dibina diterima atau disingkirkan, penyelidik membuat perbandingan nilai Cronbach Alpha jika item disingkirkan (Alpha If Item Deleted) bagi setiap item dengan nilai Cronbach Alpha bagi konstruk yang terlibat dalam instrumen tersebut. Selain itu, nilai Cronbach Alpha yang diperoleh daripada kedua-dua kajian diinterpretasi berdasarkan Jadual Nilai Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelima-lima konstruk dalam kajian rintis berada antara 0.722 dan 0.945. Manakala, kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelimalima konstruk dalam kajian sebenar berada antara 0.813 dan 0.940. Tambahan pula, nilai keseluruhan Cronbach Alpha instrumen penilaian bagi kajian rintis dan kajian sebenar masing-masing menunjukkan 0.955 dan 0.946 yang berada pada tahap amat baik. Signifikan – Penghasilan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri yang berpandukan Model KIPP dapat membantu murid mengetahui tahap penguasaannya terhadap topik-topik geometri yang dipelajari dan berusaha untuk membaiki kelemahan dalam pembelajaran mereka.Instrumen penilaian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan guru dalam membantu perancangan strategi pembelajaran dan pengajaran topik geometri yang lebih berkesan. Instrumen penilaian kendiri ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi melihat sejauh manakah hasil pembelajaran topik Geometri Tingkatan Satu telah tercapai dengan optimum bersesuaian dengan sasaran dan tujuan pembelajaran itu sendiri.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Hafizah Yahya
Date Deposited: 24 Apr 2019 04:41
Last Modified: 24 Apr 2019 04:41
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3725

Actions (login required)

View Item View Item