Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif teknik jigsaw dalam menguasai konsep luas permukaan pepejal geometri II

Wan Ibrahim, Wan Nor Zulaikha (2015) Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif teknik jigsaw dalam menguasai konsep luas permukaan pepejal geometri II. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif teknik jigsaw dalam menguasai konsep luas permukaaan pepejal geometri II.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif teknik jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kajian kuasi eksperimen. Data pencapaian pelajar dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Sampel juga diambil secara rawak daripada 60 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Pelajar diberikan ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan sama rata iaitu 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar untuk kumpulan eksperimen. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan teknik jigsaw dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini telah membuktikan bahawa teknik jigsaw boleh dijadikan satu kaedah alternatif yang berkesan kepada pelajar yang mempelajari teknik jigsaw ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 21 Mar 2019 05:51
Last Modified: 23 Jul 2019 04:33
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3805

Actions (login required)

View Item View Item