Pembinaan dan pengujian kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan peta pemikiran bagi topik nisbah, kadar dan kadaran

Sulaiman, Ismail (2018) Pembinaan dan pengujian kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan peta pemikiran bagi topik nisbah, kadar dan kadaran. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan pengujian kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan peta pemikiran bagi topik nisbah, kadar dan kadaran.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think bagi topik Nisbah, Kadar dan Kadaran. Modul pengajaran dibina berdasarkan model Sidek dan model ASSURE dikenali sebagai modul pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think bagi topik Nisbah, Kadar dan Kadaran untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan Dua (Pp-Mt2). Nilai kesahan kandungan bagi modul Pp-Mt2 yang di sahkan oleh empat orang pakar adalah baik (86.67%). Manakala kesahan instrumen soal selidik diperolehi melalui semakan tiga orang pakar yang mendapati instrumen adalah baik dan mencukupi bagi mengukur kebolehgunaan modul. Analisis kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan nilai alfa Cronbach sebanyak 0.882. Modul Pp-Mt2 diuji kebolehgunaannya melalui kaedah tinjauan terhadap 57 orang sampel yang terdiri daripada guru Matematik Tingkatan Dua di daerah Besut. Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata menunjukkan responden berpuas hati dan bersetuju bahawa modul Pp-Mt2 mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dengan min bagi konstruk keberkesanan, kecekapan dan kepuasan masing-masing adalah 4.40, 4.42 dan 4.60. Kesimpulannya, min dan peratus persetujuan responden yang tinggi menunjukkan penggunaan modul Pp-Mt2 yang berasaskan peta pemikiran i- Think diterima baik oleh guru. Implikasinya, penggunaan Pp-Mt2 memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan idea dan kreativiti mereka bagi menyelesaikan masalah matematik melalui pernyataan idea dalam bentuk peta pemikiran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 21 Mar 2019 07:52
Last Modified: 21 Mar 2019 07:52
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3808

Actions (login required)

View Item View Item