Kesan penggunaan strategi berasaskan perancah metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik terhadap prestasi, kesedaran metakognitif, dan kecekapan pengajaran

-, Turmudi (2017) Kesan penggunaan strategi berasaskan perancah metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik terhadap prestasi, kesedaran metakognitif, dan kecekapan pengajaran. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Kesan penggunaan strategi berasaskan perancah metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik terhadap prestasi kesedaran metakognitif dan kecekapan pelajar.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara ini bertujuan mengkaji kesan strategi berasaskan perancah metakognitif (PM) terhadap prestasi, kesedaran metakognitif dan kecekapan pengajaran berbanding dengan strategi pengajaran konvensional (PK). Respons murid terhadap penerapan strategi PM juga dikenal pasti. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 60 orang murid Tingkatan Lapan SMPN 5 Malang, Indonesia yang terdiri daripada kumpulan eksperimen (n=30) melaksanakan pembelajaran menggunakan strategi PM dan kumpulan kawalan (n=30) melaksanakan pengajaran menggunakan strategi PK. Empat soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Prestasi Matematik, Inventori Kesedaran Metakognitif, Skala Penilaian Usaha Mental Paas, dan Soal Selidik Respons Murid. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratus serta statistik inferens iaitu ujian-t dan ANOVA 2-hala. Kecekapan pengajaran dikira menggunakan kaedah indeks kecekapan pengajaran 2- D. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik menggunakan strategi PM lebih baik berbanding dengan strategi pengajaran konvensional dengan kumpulan PM mempunyai prestasi dan kesedaran metakognitif yang lebih baik serta menggunakan kurang usaha mental berbanding strategi PK. Kesimpulannya, P&P matematik yang menggunakan strategi PM lebih cekap berbanding strategi PK. Ini dikukuhkan lagi dengan respons positif murid terhadap pelaksanaan strategi PM seperti strategi yang menarik, baharu, mudah dan senang digunakan dalam meningkat kefahaman belajar. Implikasi kajian ialah strategi PM boleh digunakan sebagai asas dalam P&P matematik secara berterusan dalam rangka teori konstruktivisme, seterusnya menjadi amalan rutin dalam P&P yang mampu mendokong kefahaman penyelesaian masalah matematik.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 05 Apr 2019 07:57
Last Modified: 24 Jul 2019 02:49
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3889

Actions (login required)

View Item View Item