Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas Matematik dalam kalangan murid prasekolah

Jajuli, Nurul Amalina (2018) Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas Matematik dalam kalangan murid prasekolah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas Matematik dalam kalangan murid prasekolah.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengkaji keberkesanan Pembaris Garis Nombor (PGN) terhadap pencapaian empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam kalangan murid prasekolah. Reka bentuk kuasi eksperimen ujian-pra dan ujian-pos kumpulan kawalan tidak setara telah digunakan. Seramai 50 orang murid dipilih daripada dua buah kelas prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor secara pensampelan rawak kluster. Seramai 25 orang murid daripada kumpulan rawatan menjalani proses intervensi selama lapan minggu menggunakan PGN manakala 25 orang murid daripada kumpulan kawalan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan secara konvensional. Berdasarkan analisis ujian-t sampel tidak bersandar, min markah murid kumpulan rawatan adalah berbeza dengan min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan [t(48) = 8.251, p < 0.05]. Kesimpulannya, murid yang menjalani pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggunakan PGN menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam empat operasi asas matematik berbanding murid daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini menunjukkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di Malaysia perlu menitik beratkan penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas untuk membolehkan murid prasekolah lebih mudah memahami konsep matematik yang dipelajari.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 11 Apr 2019 04:53
Last Modified: 22 Jul 2019 07:39
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3922

Actions (login required)

View Item View Item