Penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam topik formula sebatian ionik dan kesannya terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar

Nik Hassan, Nik Mawar Hanifah (2017) Penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam topik formula sebatian ionik dan kesannya terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam topik formula sebatian ionik dan kesannya terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam mempelajari topik formula sebatian ionik terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ini melibatkan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Kuantan, Pahang. SampeI kajian adalah dua buah kelas sains dengan setiap kelas terdiri daripada 30 orang pelajar dan ditentukan secara rawak berkelompok. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu ujian pencapaian, soal-selidik sikap dan soal-selidik motivasi. Min, peratus, ujian-t dan ujian korelasi Pearson digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap bagi setiap dimensi sikap dan dimensi motivasi dalam kumpulan rawatan. Basil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<.Ol) dalam min ujian pra dan min ujian pasca dalam kumpulan rawatan. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan (p<.Ol) dalam sikap dan motivasi pelajar kumpulan rawatan sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah mnemonik akrostik. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi-dimensi sikap dan motivasi dengan pencapaian. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan kaedah mnemonik akrostik dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Implikasi kajian menunjukkan mnemonik akrostik adalah kaedah yang berkesan dalam menghafal sekaligus meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 19 Apr 2019 07:05
Last Modified: 19 Apr 2019 07:05
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/3967

Actions (login required)

View Item View Item