Keberkesan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk lawatan ke Balai Seni Lukis Negara

Hassan, Iberahim and Mohd Ghazali, Hassan and Omar, Jamilah (2002) Keberkesan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk lawatan ke Balai Seni Lukis Negara. Technical Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Keberkesan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk lawatan ke Balai Seni Lukis Negara.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menmjau pencapaian pelajar setelah menerima pembelajaran melalui multimedia interaktif. Kajian ini juga melihat kesan pembelajaran dengan menggunakan multimedia ke atas motivasi dan minat belajar di kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran pendidikan seni. Kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, iaitu Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim, Perak, Sekolah Menengah Buyung Adil Tapah Perak, dan Sekolah Menengah Felda Besaout, Perak Darul Ridwan. Seramai 50 orang daripada 91 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 di sekolah tersebut dipilih secara rawak untuk sampel kajian. Reka bentuk kajian bercorak eksperimen dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia dan menggunakan kaedah pengajaran tradisi sebagai perbandingan, menggunakan reka bentuk satu kumpulan pra ujian dan pasca ujian dan analisis ujian- t. Dalam hal ini satu koswer yang bertajuk 'Lawatan ke Balai Seni Lukis Negara' telah dibangunkan khusus untuk kajian ini. Kajian mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan multimedia interaktif dengan reka bentuk yang teratur telah menunjukkan pencapaian min yang meningkat dan terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pasca ujian. Pengajaran menggunakan multimedia interaktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian juga menunjukkan sikap positif terhadap penggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Di samping itu terdapat perubahan sikap di kalangan pelajar setelah menggunakan komputer multimedia, sungguhpun tidak terdapat perbezaan signifikan.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculties: Faculty of Music and Performing Arts
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 17 May 2019 09:52
Last Modified: 17 May 2019 09:52
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/4100

Actions (login required)

View Item View Item