Pembinaan modul KG-GSP bagi topik garis lurus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

Mohd Tajudin, Nor’ain and R. Maamor Shah, R. Lailatul Zuraida (2013) Pembinaan modul KG-GSP bagi topik garis lurus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Technical Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan modul KG_GSP bagi topik garis lurus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membina modul mengintegrasikan teknologi kalkulator grafik (KG) dan perisian Geometers' Sketchpad (GSP) bagi topik Garis Lurus Tingkatan Empat, menilai tahap kebolehgunaan pedagogi bagi modul KG-GSP, mengenal pasti tahap pandangan pelajar tentang kelebihan dan kekangan penggunaan kalkulator grafik, mengenal pasti tahap masalah pelajar dalam menggunakan perisian GSP dan mengkaji pengalaman pelajar ketika menggunakan perisian GSP ketika belajar topik Garis Lurus. Kajian dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama adalah pembinaan modul dan fasa kedua melibatkan kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual. Terdapat empat instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik Kebolehgunaan Pedagogi, Soal Selidk Pandangan Pelajar, Soal Selidik Masalah Pelajar dan Protokol Temu Bual. Sampel kajian melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Empat dan 30 orang guru matematik daripada tiga buah ; sekolah di daerah Sabak Bemam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dan dua sekolah di daerah Ipoh dasn Taiping, Perak. Seramai lima pelajar dipilih secara persampelan bertujuan untuk ditemu bual. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskritif seperti peratus, min, frekuensi dan sisihan piawai. Manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis konten. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehgunaan pedagogi modul KG-'GSP adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 4.30. Dapatan kajian juga menunjukkan responden mempunyai tahap pandangan yang tinggi terhadap penggunaan KG dalam pengajaran an pembelajaran topik Garis Lurus. Namun, responden juga mempunyai kekangan terhadap penggunaan KG seperti kekangan masa serta mengingat kekunci pada KG. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajat mempunyai masalah dalam menggunakan GSP dengan min keseluruhan pandangan pelajar ialah 2.18 (sisihan piawai=4.68). Namun begitu, hasil dapatan temu bual menunjukkan pelajar amat tertarik dengan penggunaan perisian ini kerana mereka telah melalui pengalaman yang bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran topik Garis Lurus. Kajian ini memberi implikasi bahawa alat teknologi GC dan perisian GSP mempunyai potensi positif untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 17 May 2019 09:30
Last Modified: 17 May 2019 09:30
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/4101

Actions (login required)

View Item View Item