Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran mnemonik EZY bagi konsep pembundaran dalam kalangan murid tahun empat di pedalaman Sarawak

Hamzah, Nurjailam (2017) Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran mnemonik EZY bagi konsep pembundaran dalam kalangan murid tahun empat di pedalaman Sarawak. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran mnemonik ezy bagi konsep pembundaran dalam kalangan murid tahun empat di pedalaman Sarawak.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran mnemonik EZY bagi meningkatkan pemahaman konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat di pedalaman Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Seramai 41 orang murid terlibat dalam kajian ini. Dua buah sekolah, iaitu sekolah A dan B yang terletak di pedalaman daerah Baram, Sarawak terlibat sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan di sekolah A terdiri daripada 16 orang murid, manakala kumpulan rawatan di sekolah B terdiri daripada 25 orang murid. Modul pembelajaran mnemonik EZY dibina berdasarkan model ADDIE. Ujian pra dan ujian pos adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data. Statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach instrumen Ujian Pencapaian Matematik adalah tinggi iaitu 0.84. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul pembelajaran mnemonik EZY dapat meningkatkan konsep pembundaran dalam kalangan murid. Kesimpulannya, modul ini berkesan dalam meningkatkan konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat. Implikasi daripada kajian ini ialah guru boleh menggunakan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman konsep pembundaran murid Tahun Empat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Siti Norliza Shamsudin
Date Deposited: 02 Oct 2019 07:54
Last Modified: 02 Oct 2019 07:54
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/4193

Actions (login required)

View Item View Item