Kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep-konsep asas kebarangkalian

Alias, Nor Azlina (2014) Kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep-konsep asas kebarangkalian. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
Kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep-konsep asas kebarangkalian.pdf

Download (948kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah kebarangkalian. Kajian ini berfokuskan kepada tiga persoalan kajian. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden dari sebuah sekolah menengah di sekitar daerah Bera, Pahang dengan mengedarkan instrumen kajian iaitu Probability Assessment Test. Enam orang pelajar yang dipilih secara bertujuan daripada sampel yang telah menjawab instrumen kajian ditemu bual untuk meneroka kefahaman dan kesilapan mereka tentang kebarangkalian. Hasil kajian mendapati tahap pemahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian masih pada tahap yang lemah dan perlu diperbaiki. Dapatan kajian menunjukkan jenis kesilapan pelajar yang paling kerap ditemui dalam pembelajaran kebarangkalian adalah salah konsep dan jenis kefahaman, iaitu kefahaman tentang istilah dan simbol yang digunakan dalam pembelajaran kebarangkalian. Kesilapan jenis kecuaian juga berlaku di mana pelajar memandang remeh ke atas sesetengah perkara. Kesilapan pemahaman terhadap soalan juga menyebabkan pelajar menggunakan bahasa rekaan sendiri bagi menerangkan istilah dan konsep yang disoal kepada mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemahaman istilah dan simbol dalam pembelajaran kebarangkalian perlu diberi penekanan oleh guru dalam pengajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Faculties: Faculty of Science and Mathematics
Depositing User: Elly Yuswanti Mohd Yusof
Date Deposited: 23 May 2018 07:16
Last Modified: 23 May 2018 07:16
URI: http://ir.upsi.edu.my/id/eprint/705

Actions (login required)

View Item View Item